popular post

popular post

http://4.bp.blogspot.com/-AexFsTTa33c/TmFNoxg9zSI/AAAAAAAAE6I/7K8bPKYBr8Q/s400/popular%2Bposts.jpg ‎4.bp.blogspot.com

popular post

http://4.bp.blogspot.com/-AexFsTTa33c/TmFNoxg9zSI/AAAAAAAAE6I/7K8bPKYBr8Q/s400/popular%2Bposts.jpg ‎4.bp.blogspot.com

info hacking

.....................................................jom chat di shoutbox ................>

try click

-----------klik unuk menderma

menyekat laman lucah menggunakan open DNS

Dicatat oleh NICK KLUANG Saturday, July 13, 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penggemar IT sekalian ,sudah sekian lama saya tidak update blog yang dah berhabuk ni akibat terlupa email dan password.tengah belek-belek nota lama terjumpa pula email dan password,alhamdulillah.betapa pentingnya nota di kertas berbanding di notepad.
 
 artikel kali ini tidak menceritakan tentang hacking, exploit mahupun bypass security . Saya hanya ingin kongsikan IP DNS yang membolehkan ibu bapa,abang dan kakak menyekat laman lucah di rumah ...


Ada segelintir ibu bapa tidak ingin memasang internet di rumah kerana risau anak mereka menonton video lucah.. Dengan ip Dns ini ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana ia akan bekerja untuk menyekat laman lucah secara automatik.


Tiada apa lagi yang saya ingin huraikan mengenai DNS ini .. Apa yang saya harapkan marilah kita sama-sama menyekat laman lucah untuk menjaga generasi akan datang .






Anda hanya perlu tukar DNS di komputer atau Router .

Preferred DNS server : 208.67.222.123

Alternate DNS server : 208.67.220.123













TIPS MENCEGAH KEROSAKAN KOMPUTER

Dicatat oleh NICK KLUANG Wednesday, September 19, 2012

ramai antara manusia2 di dunia hanya tahu menggunakan komputer sahaja dan tidak ramai yang tahu untuk mencegahnya..orang kata sesal dahulu pendapatan.tapi kali ni xde maknanya nak sesal-sesal..




Tindakan secara tidak sengaja berkemungkinan boleh 'mengancam' keselamatan komputer peribadi (PC) anda setiap kali menggunakannya. Walaupun tindakan tidak sengaja ini mudah terjadi, namun kesannya boleh menjejaskan sistem secara serius. Misalnya, proses pemasangan yang tidak betul, kesan pencemaran asap rokok dan habuk boleh menyebabkan ralat, kemalangan sistem, atau kerosakan yang tidak diingini.

Anda mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dan terus melakukan penyebab-penyebab yang boleh mendatangkan masalah kepada PC anda kelak. Jadi, disenaraikan beberapa kemalangan dan kejadian biasa yang boleh mengakibatkan PC anda menjadi tidak stabil atau tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, anda juga perlu mengenali, mengelak, dan mengatasi setiap ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan PC.

Ancaman yang berlaku terhadap perisian boleh jadi disebabkan perkara-perkara yang paling mudah berlaku dalam operasi seharian. Umpamanya, proses pemasangan dan pembuangan perisian atau aplikasi boleh menyebabkan PC anda terganggu atau bermasalah. Sistem anda juga boleh terjejas jika anda terpadam fail DLL, kesilapan menyunting Registry, atau kegagalan proses meningkat upaya sistem operasi (OS). Selain itu kegagalan menyelenggara perkakasan dari masa ke semasa juga boleh menimbulkan gangguan padanya.


Perisian

Kebanyakan perkakasan PC pada hari ini, tanpa mengira saiz dan fungsinya tidak akan berfungsi tanpa kehadiran OS, perisian, aplikasi, program, atau 'driver' yang boleh menjalankan perkakasan tersebut.

Walaupun, kebanyakan perisian pada hari ini semakin kompleks, namun ia sering memudahkan pengguna. Berikut ini disenaraikan beberapa panduan untuk memastikan perisian PC sentiasa berjalan dengan lancar.

a. Pastikan proses 'back up' atau penyimpanan fail-fail penting dilaksanakan dari masa ke semasa.

b. Elakkan jangkitan virus dengan menggunakan program anti-virus yang berkesan dan dikemaskini.

c. Risiko perisian beta boleh dielakkan jika memindah dan memasang failnya dengan berhati-hati.

d. Ikuti prosedur sebenar pemasangan perisian untuk mengelak kesan pemasangan yang tidak sah.

e. Konflik dalaman sesuatu perisian boleh dielakkan sekiranya mengemaskini dengan berhati-hati.

f. Kesan kekurangan sumber memori (RAM) boleh dielakkan dengan membebaskan beban RAM.

Sistem

Bebeberapa operasi mudah yang melibatkan sistem seperti mematikannya atau mengemaskinikan BIOS juga boleh menjejaskan PC anda dan sistem operasinya. Jika anda tersilap menangani proses ini, ada kemungkinan PC anda tidak boleh dibootkan seperti biasa atau terus gagal dilaksanakan. Sehubungan itu, untuk mengelak berlakunya kejadian seperti ini, sekaligus melindungi PC anda, sila ikuti panduan berikut:

a. Kerosakan pada BIOS boleh dielakkan sekiranya anda melaksanakan proses boot yang betul.

b. Kesilapan menguruskan fail sistem boleh dielakkan dengan membiarkan Windows melakukannya

c. Elakkan dari menekan butang 'reset', kerana mematikan sistem dengan cara ini tidak digalakkan.

d. Pencerobohan sistem Windows boleh dielakkan dengan memindah terima pembetulannya ('patch').

e. Gangguan pada fail Registry boleh dielakkan sekiranya anda tidak menyentuh atau mengubahnya.

f. Terpadam fail secara tidak sengaja boleh dielakkan
jika anda meneliti setiap mesej yang muncul.


Perkakasan

Biasanya keselamatan perkakasan kurang mendapat perhatian, kecuali ia telah menimbulkan masalah. Beberapa gangguan seperti kad-kad tambahan yang longgar, kabel sambungan yang telah haus, komponen sistem yang terlalu panas, dan gangguan lain juga boleh membahayakan PC anda. Tetapi dengan mengambil langkah perlindungan seperti yang disenaraikan selain berbekalkan sedikit pengetahuan, anda boleh menghindari masalah berkaitan dengan perkakasan sekaligus mengatasinya sebelum menjadi serius.

a. Kerosakan akibat tumpahan air boleh dielakkan jika anda tidak minum sambil menggunakan PC.

b. Kepanasan pada komponen boleh dikurangkan dengan
penyejukan seperti menggunakan kipas.

c. Kerosakan ketika memindahkan PC boleh dielakkan dengan membungkusnya ke dalam kotak.

d. Kerosakan akibat gangguan elektrik dan bateri boleh dielakkan dengan mengawal alunan arus.

e. Kesan asap rokok dan habuk boleh dielakkan dengan menutup PC menggunakan pembalutnya.

f. Elakkan gangguan pada cakera padat (CD) dengan melindunginya dari kotoran atau kerosakan.

LANGKAH UNTUK MENYELAMATKAN LAPTOP

Dicatat oleh NICK KLUANG

 kita biasa menggunakan laptop sambil meminum air.kemudian cawan yang berisi air diletakkan di sebelah laptop.tanpa disengaja atau disengajakan kita tersinggul cawan itu sambil berkata 'wadefak' (yang disengajakan tu nak dengki kawan dia). hahaha...


ok malam yang ngantuk ni aku nak bagi tips yang agak berguna untuk kowang.kowang boleh ingat kat kepale atau bila dah terkene air tros tengok blog ni..ahahaha.



LANGKAH-LANGKAH SEPERTI YANG TERTERA DIBAWAH

1. KERINGKAN 
Dengan pantas,tangkas dan tuntas mengangkat dan segera cabut bateri laptop,Segera keringkan bahagian luar laptop dengan kain bersih atau tisu,supaya dapat menghalang air masuk dengan banyaknya ke dalam laptop
Jangan membuka casing laptop anda lagi sebelum bahagian luar benar-benar kering.Paling berkesan gunakan hair dryer.Setelah bahagian luar dikeringkan,Anda perlu memberanikan diri membuka casing dan gunakan hair dryer atau menggunakan kipas angin untuk mengeringkan sisa air.Langkah awal ini 70% dapat menyelamatkan laptop anda.

2.POWER SUPPLY 
Setelah benar-benar kering pasang kembali casing laptop,pasangkan bateri dan cuba nyalakan,kalau tidak berhasil masukkan power supply anda,Jangan dibuang baterinya.Dengan menggunakan Power Supply dapat menstabilkan arus pada papan litar laptop(Pcb).Jika laptop anda kembali menyala,anda berjaya menyelamatkan laptop anda dari rosak..Jika tidak faham-fahamla sendiri,kemungkinan ada kerosakan pada bahagian prosesor,ram ataupun motherboard .Langkah selanjutnya fokus ke bahagian hardwarenya pula.



TUNGGU SAMBUNGAN ENTRI BAGAIMANA HENDAK MENUKAR PROSESOR DAN RAM PADA LAPTOP

TIPS PENJAGAAN NETBOOK,NOTEBOOK

Dicatat oleh NICK KLUANG

asalamualaikum dan selamat sejahtera,nampaknya sudah sekian lama saya tidak update blog ni,harap maaf jika blog ni berhabuk sedikit kerana masih dalam situasi kemaskini..pada kali ini saya akan bagi anda tips tentang penjagaan netbook atau notebook atau lebih dikenali sebagai komputer riba..Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.



1.Bateri

- Elakkan daripada penggunaan bateri.

- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan screen saver.

- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.

- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas

- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.

- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.

- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.

- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan berus atau berus gigi lama.

- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT ANDA BOLEH LAYARI LAMAN WEB INI LINK

comodo firewall

Dicatat oleh NICK KLUANG Sunday, August 14, 2011



COMODO FIREWALL

complete protection from viruses, Trojans, worms, buffer overflows, zero-day attacks, spyware and hackers

pencegahan pencerobohan hos maju, kawalan aplikasi dan anti-spyware dalam satu permohonan yang berkuasa supremely
.fail yang tidak diketahui dan tidak dipercayai secara automatik diimbas oleh berasaskan mega pengimbas virus.


 jadi pengguna yang paling tidak berpengalaman tidak akan perlu berurusan dengan isu-isu konfigurasi yang kompleks selepas install.

download


nuff

comment

page transate