popular post

popular post

http://4.bp.blogspot.com/-AexFsTTa33c/TmFNoxg9zSI/AAAAAAAAE6I/7K8bPKYBr8Q/s400/popular%2Bposts.jpg ‎4.bp.blogspot.com

popular post

http://4.bp.blogspot.com/-AexFsTTa33c/TmFNoxg9zSI/AAAAAAAAE6I/7K8bPKYBr8Q/s400/popular%2Bposts.jpg ‎4.bp.blogspot.com

info hacking

.....................................................jom chat di shoutbox ................>

try click

-----------klik unuk menderma

TIPS MENCEGAH KEROSAKAN KOMPUTER

Dicatat oleh NICK KLUANG Wednesday, September 19, 2012

ramai antara manusia2 di dunia hanya tahu menggunakan komputer sahaja dan tidak ramai yang tahu untuk mencegahnya..orang kata sesal dahulu pendapatan.tapi kali ni xde maknanya nak sesal-sesal..




Tindakan secara tidak sengaja berkemungkinan boleh 'mengancam' keselamatan komputer peribadi (PC) anda setiap kali menggunakannya. Walaupun tindakan tidak sengaja ini mudah terjadi, namun kesannya boleh menjejaskan sistem secara serius. Misalnya, proses pemasangan yang tidak betul, kesan pencemaran asap rokok dan habuk boleh menyebabkan ralat, kemalangan sistem, atau kerosakan yang tidak diingini.

Anda mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dan terus melakukan penyebab-penyebab yang boleh mendatangkan masalah kepada PC anda kelak. Jadi, disenaraikan beberapa kemalangan dan kejadian biasa yang boleh mengakibatkan PC anda menjadi tidak stabil atau tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, anda juga perlu mengenali, mengelak, dan mengatasi setiap ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan PC.

Ancaman yang berlaku terhadap perisian boleh jadi disebabkan perkara-perkara yang paling mudah berlaku dalam operasi seharian. Umpamanya, proses pemasangan dan pembuangan perisian atau aplikasi boleh menyebabkan PC anda terganggu atau bermasalah. Sistem anda juga boleh terjejas jika anda terpadam fail DLL, kesilapan menyunting Registry, atau kegagalan proses meningkat upaya sistem operasi (OS). Selain itu kegagalan menyelenggara perkakasan dari masa ke semasa juga boleh menimbulkan gangguan padanya.


Perisian

Kebanyakan perkakasan PC pada hari ini, tanpa mengira saiz dan fungsinya tidak akan berfungsi tanpa kehadiran OS, perisian, aplikasi, program, atau 'driver' yang boleh menjalankan perkakasan tersebut.

Walaupun, kebanyakan perisian pada hari ini semakin kompleks, namun ia sering memudahkan pengguna. Berikut ini disenaraikan beberapa panduan untuk memastikan perisian PC sentiasa berjalan dengan lancar.

a. Pastikan proses 'back up' atau penyimpanan fail-fail penting dilaksanakan dari masa ke semasa.

b. Elakkan jangkitan virus dengan menggunakan program anti-virus yang berkesan dan dikemaskini.

c. Risiko perisian beta boleh dielakkan jika memindah dan memasang failnya dengan berhati-hati.

d. Ikuti prosedur sebenar pemasangan perisian untuk mengelak kesan pemasangan yang tidak sah.

e. Konflik dalaman sesuatu perisian boleh dielakkan sekiranya mengemaskini dengan berhati-hati.

f. Kesan kekurangan sumber memori (RAM) boleh dielakkan dengan membebaskan beban RAM.

Sistem

Bebeberapa operasi mudah yang melibatkan sistem seperti mematikannya atau mengemaskinikan BIOS juga boleh menjejaskan PC anda dan sistem operasinya. Jika anda tersilap menangani proses ini, ada kemungkinan PC anda tidak boleh dibootkan seperti biasa atau terus gagal dilaksanakan. Sehubungan itu, untuk mengelak berlakunya kejadian seperti ini, sekaligus melindungi PC anda, sila ikuti panduan berikut:

a. Kerosakan pada BIOS boleh dielakkan sekiranya anda melaksanakan proses boot yang betul.

b. Kesilapan menguruskan fail sistem boleh dielakkan dengan membiarkan Windows melakukannya

c. Elakkan dari menekan butang 'reset', kerana mematikan sistem dengan cara ini tidak digalakkan.

d. Pencerobohan sistem Windows boleh dielakkan dengan memindah terima pembetulannya ('patch').

e. Gangguan pada fail Registry boleh dielakkan sekiranya anda tidak menyentuh atau mengubahnya.

f. Terpadam fail secara tidak sengaja boleh dielakkan
jika anda meneliti setiap mesej yang muncul.


Perkakasan

Biasanya keselamatan perkakasan kurang mendapat perhatian, kecuali ia telah menimbulkan masalah. Beberapa gangguan seperti kad-kad tambahan yang longgar, kabel sambungan yang telah haus, komponen sistem yang terlalu panas, dan gangguan lain juga boleh membahayakan PC anda. Tetapi dengan mengambil langkah perlindungan seperti yang disenaraikan selain berbekalkan sedikit pengetahuan, anda boleh menghindari masalah berkaitan dengan perkakasan sekaligus mengatasinya sebelum menjadi serius.

a. Kerosakan akibat tumpahan air boleh dielakkan jika anda tidak minum sambil menggunakan PC.

b. Kepanasan pada komponen boleh dikurangkan dengan
penyejukan seperti menggunakan kipas.

c. Kerosakan ketika memindahkan PC boleh dielakkan dengan membungkusnya ke dalam kotak.

d. Kerosakan akibat gangguan elektrik dan bateri boleh dielakkan dengan mengawal alunan arus.

e. Kesan asap rokok dan habuk boleh dielakkan dengan menutup PC menggunakan pembalutnya.

f. Elakkan gangguan pada cakera padat (CD) dengan melindunginya dari kotoran atau kerosakan.

nuff

comment

page transate